Perekaan, penemuan, dan pengenalan Milenium_ke-6_SM

  • k.k. 6000 SM - Orang-orang Cyclade mula menggunakan tanah liat kasar yang bermutu rendah untuk membuat berbagai-bagai barang.
  • Pertanian muncul di lembah Sungai Nil.
  • Padi ditanam di Asia.
  • Bajak direka.
  • Batu-bata dicipta buat pertama kali di Parsi.
  • Wain dicipta buat pertama kali di Parsi.
  • Afrika: Artifak-artifak batu ditambah dengan artifak logam, serta kraftangan bakul, tembikar, dan tenunan.
  • Afrika: Mayat dikebumikan dalam posisi fetus yang menghadapi barat, dan dikelilingi oleh persembahan dan artifak pengebumian.
  • Afrika: Periuk dan jambangan tanah liat terhias (yang berwarna hitam pada bahagian atas), sikat tulang serta gading, patung kecil, dan pinggan mangkuk meja terdapat dalam jumlah yang besar.
  • Afrika: Berbagai-bagai barang kemas yang diperbuat daripada pelbagai bahan.
  • Afrika: Barang-barang mula dibuat bukan sahaja untuk kegunaannya tetapi untuk nilai estetik.
  • Afrika: Petempatan-petempatan tetap dan teratur yang tertumpu pada pertanian.